Blogger Widgets

Pages

Ads 468x60px

Wednesday, 18 April 2012

30 peratus peralatan telekomunikasi tidak penuhi piawaian ditetapkan

CYBERJAYA: Dianggarkan 30 peratus peralatan telekomunikasi serta teknikal yang berada di pasaran seperti telefon bimbit, komputer riba tidak memenuhi piawaian ditetapkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi. 

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara itu daripada orang ramai.

"Kami ada banyak terima laporan mengenai peralatan-peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan peralatan komunikasi lain yang tidak menepati piawaian, apa yang dipanggil kadang-kadang dalam maksud biasa "underwater atau submarine handset.
"Jadi untuk mengurangkan masalah ini kerana adanya barangan yang tidak menepati piawaian ini, ada kalanya boleh menyebabkan letupan berlaku, atau rosak dan sebagainya, kita adakan kerjasama dengan Sirim QAS International. Kita meningkatkan tindakan pemantauan di pasaran," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman Pemantauan Pasaran antara SKMM dan Sirim QAS International Sdn Bhd, yang diwakili Naib Presiden SIRIM, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof. 

Mohamed Sharil berkata, MoU berkenaan bertujuan meningkatkan lagi tahap piawaian atau kepatuhan terhadap piawaian teknikal. 

Beliau berkata, ia juga bagi membantu membantu dan melindungi pengguna daripada membeli peralatan-peralatan yang tidak memenuhi piawaian. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...